✨Special chapter✨
What if.
Aku tertanya tanya. What if. Kalau aku ingat lepas tu otak aku dah tak function. Apa jadi?
❤✨❤
Aku membuka mata perlahan lahan. Senyuman aku ukirkan dengan perasaan gembira yang membuak buak. Namun tiba tiba senyuman aku hilang bila aku berada di tengah tengah taman bunga sendirian.
Mana Amin?
" Minmin..? " Panggil aku. Sedikit terkejut mendengar suara yang lemah dan perlahan. Mata aku meliarkan ke sekeliling taman bunga yang dipenuhi bunga bunga yang berwarna warni. Benar. Hanya aku seorang berada disini. Aku memandang baju aku serba putih dari atas sehingga kebawah. Aku mencelikkan mata aku luas.
Kenapa baju aku macam baju Princess yang aku selalu tengok dalam TV?

Tiba tiba badan aku bergerak sendiri. Aku melembutkan tangan aku menyentuh bunga bunga yang berada di sekitar aku. Aku mula bersenandung perlahan irama yang aku sendiri tidak tahu. Suasana sunyi membuatkan hati aku berasa tenang. Namun aku keliru.
Derap kaki kuda yang berbunyi tidak jauh dari aku dapat aku tangkap masuk kedalam telinga. Muncul seorang lelaki berpakaian anak raja di atas kuda putihnya menghampiri aku yang ternganga.
Amin!
" Tuan puteri.. Bukan kah patik sudah meminta dayang dayang istana menemani tuan puteri? Mengapa tuan puteri bersendirian? Bahaya tuan puteri.. " Kata Amin perlahan serta dengan senyuman manis. Aku terkedu. Tuan puteri?
" Kakanda? " Sumpah! Aku tak tahu kenapa aku cakap macam tu. Aku berdiam diri. Amin turun dari kudanya mendekati aku. Senyuman manisnya masih tidak terlepas dari wajahnya.
" Tuan puteri.. Terima lah hadiah tak seberapa dari patik.. " Amin melutut di hadapan aku dengan beberapa kuntum bunga ros. Bunga ros yang sudah dibalut dengan kertas bewarna emas dicapai oleh aku. Kini bunga tersebut bertukar tangan.
" Te.. Terima kasih.. " Aku tak dapat tahan darah aku menyerbu wajah aku. Aku menunduk malu bila mendengar suara Amin tertawa lembut. Membuatkan dada aku berdegup kencang mendengar suara tawanya.
" Mari tuan puteri.. Patik bawa tuan puteri berjalan jalan. " Ajak Amin seraya menghulurkan tangannya untuk aku capai. Namun aku hanya memandang tangan besar lelaki itu. Seketika Amin menyedari ketelanjuran kelakuannya semerta tangannya ditarik menyapu lehernya. Dia tersenyum kekok. Melihatkan keadaan begitu aku ketawa kecil.
" Ayuh.. " Ajak aku seraya melangkah mendahului Amin. Dia yang terpinga pinga cuba mengejar langkah aku dan dia sudah berada di sisi aku dengan mudah memandangkan aku hanya berjalan perlahan. Aku merasakan badan aku sedikit lemah. Aku lapar ke?
" Er.. Tuan puteri.. Boleh patik berkata sesuatu? " Aku masih lagi tercengang dengan cara percakapan kami. Namun aku tak bertanya. Tidak mahu suasana yang terasa manis ini hilang.
" Apa tu? Boleh.. " Balas aku dengan hujung mata aku mengintai mahu melihat wajahnya. Amin seperti berfikir sesuatu dan langkah kami berhenti dihadapan air terjun yang mencurah curah sehingga aku dapat melihat pelangi yang indah. Melihatkan Amin yang masih lagi berfikir. Aku membuangkan pandangan ke arah air terjun tersebut. Dalam deruan hempasan air terjun ke tasik dibawahnya. Aku masih lagi dapat mendengar kicauan burung burung seperti bernyanyi riang menambahkan kemanisan dalam detik detik kami berdua.
" Tuan puteri tahu apa beza tuan puteri dengan bunga ros yang tuan puteri pegang itu? " Lelaki itu akhirnya berkata kata menarik perhatian aku dari air terjun ke wajah Amin. Memahami niat Amin aku hanya menggeleng dengan wajah yang mula memerah.
" Tiada beza. "
" Ha? "
Aku memandang Amin dengan dahi berkerut. Pick up line nya aku tidak dapat tangkap. Kemudian dia menyambung lagi ayatnya.
" Tuan puteri seperti bunga ros. Cantik namun berduri. Lihat. Walaupun berduri. Patik dapat memetiknya dan memberikan pada tuan puteri.. Bermakna.. " Suara Amin meleret leret kan untuk menghabiskan ayatnya.
" Bermakna..? " Tanya aku tidak sabar. Aku menggerutu didalam hati bila Amin berdiam diri dan tidak memandang kearah aku. Pandangannya jauh kedalam tasik. Aku sudah mengeluh. Lelaki ini memang tak Sweet kan! Langsung tak romantik!
Aku sudah mencebik memandang tasik. Hilang terus detik detik romantik.
" Tuan puteri.. " Panggil Amin. Aku perlahan lahan menoleh dengan wajah yang masih mencebik namun wajah cebik aku hilang dengan serta merta apabila aku melihat lelaki itu melutut dihadapan aku. Matanya merenung ke anak mata aku. Aku sudah mula gelabah.
Serius lah dia nak lamar aku kat sini?!!
" Tuan puteri.. " Panggilnya lagi. Aku cuba menenangkan rentak degupan jantung aku yang mula menggila.
" Y.. Ye...? " Amin tersenyum. Aku pula sudah naik gila. Dia senyum macam tu. Melutut macam. Aku menunggu dia mengeluarkan cincin. Dengan cepat Amin berdiri menyentak aku dari khayalan aku.
" Jom balik tuan puteri. Saya dah ikat tali kasut tuan puteri tadi. Lain kali ikat. Nanti takut jatuh." Aku tercengang.
" Eyy!! " Aku medengus marah dan menutup wajah untuk menutup perasaan malu aku.
" Weh? Kau okey tak? " Aku membuka tangan aku. Aku dapat melihat Hariz bersama khairina disebelahnya. Orang ramai yang lalu lalang menyedarkan aku yang situasi sudah berubah. Aku juga memandang baju aku. Pakaian yang casual. Tiada lagi labuci manik yang berkilauan menghiasi baju kembang yang aku ingat aku pakai sebentar tadi.
" Berangan je kerja. " Aku dapat mendengar Hariz berkata begitu walaupun perlahan. Suara tawa dari khairina tidak aku huraikan memandangkan aku mula mengenal pasti dimana aku berada sekarang. Lapangan terbang.
" Kita.. Buat apa kat sini? " Tanya aku. Khairina dan Hariz memandang aku pelik.
" Demam ke apa kau ni? Sayang tolong Check kejap." Kata Hariz pada khairina dan gadis itu mahu mendekati tangannya kepada aku sebelum aku berundur sedikit kebelakang. Hariz menggeleng pelik.
" Kita kat sini tengah tunggu buah hati kau balik lah. Kau yang beriya ajak kitorang pagi tadi. Tu lah. Kuat sangat berangan ni. " Aku mahu berkata namun aku mendengar suara yang amat aku kenal memanggil. Tanpa kata aku bangun lalu berlari kearahnya. Aku melompat kearahnya dengan kaki sudah memeluk pinggangnya. Untung Amin sempat mengimbangkan badannya.
" Hehe.. Sayang oi.. Jangan lompat macam tu.. Nanti jatuh.. Anak Walid macam mana? Nakal eh? Macam ummi dia? " Aku tercengang bila Amin berkata begitu. Aku dijatuhkan kelantai dengan perlahan dan tangannya sudah menyentuh perut aku yang membesar.
Tapi.. Tadi?? Aku tak perasan pon yang perut aku dah besar macam ni!
" Sayang.. You okey? Kenapa pucat sangat ni? " Aku menggelengkan kepala. Cuba memberikan isyarat yang aku okey. Namun tiba tiba badan aku memberat seolah aku mahu pitam. Amin memeluk aku kemas di pinggang supaya aku dapat berdiri. Aku membenamkan wajah aku di lehernya.
" Jom balik..? " Aku mengangguk lemah.
" Tunggu. " Langkah kami terhenti. Amin dan aku dengan serentak menoleh. Mata aku membulat.
" Amin? "
Jelas yang sedang berdiri dihadapan aku adalah Amin. Tetapi orang yang sedang memeluk aku juga adalah Amin.
Aku sudah berkerut. Kepala aku berdenyut denyut.
" Hana. Bangun. Kau kan kuat. " Kata Amin yang berdiri dihadapan aku.
" Ha? "
" Aku percaya kau kuat. Lawan. Bangun Hana.. Aku sayangkan kau.. Jangan tinggalkan aku.. "
" Ha?? " Semakin berdenyut kepala aku.
" Aku cintakan kau.. Sepenuh hati aku.. Jangan putus asa dengan hidup Hana.. Kau ada aku.. Kau ada Allah Hana.. Jangan putus asa.. Lawan.. "
Aku tak faham. Lawan apa?! Bangun??
" Hana.. Please.. Wake up.. Hiks.." Tangan aku terasa basah dan tangan aku juga terasa diramas perlahan dan lembut. Aku mula melihat hitam disekeliling aku. Aku sudah terbaring tidak sedarkan diri.
"Urgh.. " Aku cuba membuka mata aku. Syiling yang kosong aku tatap buat pertama kali. Aku mendengar bunyi pergerakan disebelah aku dan wajah sembab milik Amin aku tatap dengan perasaan pelik. Lelaki itu menangis? Kenapa?
" A.. Min.. " Suara aku sedikit serak. Pelik kenapa.
" Ha.. Hana?? Kau dah bangun?!" Amin tidak dapat menahan diri dari menjerit kerana terkejut.
" Kat.. Mana? " Tanya aku. Aku cuba bersandar di kepala katil namun badan aku ditahan cepat oleh Amin . Matanya melarang aku bergerak. Aku melepaskan keluhan kecil.
" Air.. " Amin bingkas bangun mencapai gelas lalu disi dengan air sebelum disuakan di mulut aku.
Kini tekak aku tidak lagi terasa kering.
" Kau rehat ye? I Love You.. " Amin berlalu pergi meninggalkan aku yang tiba tiba dihambat rasa mengantuk. Aku menutup mata.
Amin keluar dari bilik dan menerpa kearah keluarga Hana serta seorang doktor. Berita yang disampaikan mengejutkan semua. Ada yang menangis. Ada yang memanjatkan doa bersyukur pada kudrat Ilahi. Hariz mengajak Amin berbual diluar.
" Kau ada bagi tahu dia? " Tanya Hariz setelah mereka berdua berada di beranda banglo milik keluarga Hana. Melihatkan Amin yang berdiam diri menjawap persoalan dari Hariz.
" Kau tak bagi tahu dia yang dah dua tahun dia koma and hari ni merupakan hari yang patutnya mesin hayat dia dimatikan? " Amin merenung wajah Hariz.
" Jangan pernah kau bagitahu dia! " Gertak Amin dengan tangannya sudah mencengkam kolar baju pollo Hariz. Hariz dengan cepat mengangkat tangan tanda berserah. Cengkaman dilepaskan dan Amin berlalu pergi dengan Hariz yang melepaskan keluhan kecil sebelum membuang pandangan kearah jalan raya.
Setelah 22 bulan Hana koma dan hanya bergantung harap dengan mesin hayat dan setelah keluarganya sudah berputus asa dengan harapan yang Hana akan sedar dan tidak mahu menyeksa gadis itu lagi. Pilihan untuk menutup mesin hayat yang meneruskan gadis itu terus hidup dipilih untuk dimatikan. Namun gadis itu telah sedar dari tidur yang panjang. Dengan pelbagai mimpi.
End pt 2
❤✨❤
Gosh!! Ending dia dark sikit. Hehe.. Sorry! Ingat. Ni kalau. Kalau masa tu author buat Hana terus koma sebab dia teringat memori dia yang lalu and otak dia terus tak function.
❤✨❤
Comments
Post a Comment