✨Epilog✨
Takbir raya berkumandang kemudian lagu raya dapat didengari dimana mana. Radio. Phone. Hari ini merupakan hari raya Aidilfitri yang pertama aku rayakan dengan suami aku. Of course lah bahagia. Teringatkan hal itu aku teringat yang aku luahkan perasaan aku dekat suami aku. Rupa rupanya suami aku yang licik tu plan semuanya!! Kesian Hariz yang tak tahu apa apa bila aku marah dia kenapa tak halang perkawinan aku dengan Hariz yang langsung tak wujud. And!! Girlfriend Hariz pon join sekali! Aku tak tahu pula Kenya tu dah lama bercinta ngan Hariz sebelum aku jumpa dia lagi.
2 bulan lepas mereka selamat bertunangan dan rupanya nama sebenar Kenya adalah Khairina. Melayu rupanya. Mati mati ingat mat Salleh. Khairina juga merupakan bodyguard aku. Tapi aku jarang tengok dia.
Aku membetulkan tudung aku yang sedondon dengan baju aku juga Amin dihadapan cermin sebelum cermin memantulkan imej Amin yang segak berbaju Melayu berwarna biru tua. Selamba dia menolak aku ketepi untuk membetulkan songkoknya.
" Yah! " Aku mula nak marah. Tolak aku macam tu je? Kurang aja betul Mamat ni. Suami siapa ni?
" What? " Tanya Amin tanpa rasa bersalah. Untung sisi complicatednya itu sekadar lakonan. Namun ada lah juga dia jadi complicated sebab nak cabar kesabaran aku. Nasib sayang!
" Apa main tolak tolak ni? " Tanya aku lembut. 6 bulan usia perkahwinan kami. Masih muda. Tapi selalu sangat lah bergaduh. Mujur Amin seorang yang cepat sedar kesalahan dia. Namun suka sangat cari pasal!
" Saja nak bermanja. " Amin ingin menarik tangan aku.
" Aip! Orang ada wudhu lah! Cepat sikit. Nak pergi solat raya ni. " Kata aku lalu meliar mencari telekung aku yang tersangkut dipenyangkut sebelum aku nampak Amin tersenyum nakal.
Amin menarik muka aku lalu pipi aku dijadikan mangsa kucupannya. Kemudian terus Amin berlari ke luar bilik.
" MOHD AMIN NADIM!!! " Aku menjerit lalu dengan kasarnya aku mencabut tudung aku dari kepala. Aku terlupa untuk mencabut pin dahulu. Aku mengaduh kesakitan. Arghhh!! Ada juga orang korban manusia hari ni. Dah lah susah nak pakai tudung ni. Bilik air aku tuju untuk ambil air wudhu dan dengan malas aku sarung kan tudung sarung dari tudung bawal yang asal aku pakai tadi. Nak pergi solat raya je.
Aku masuk kedalam kereta dan bertemu dengan wajah nakal suami aku. Sabar je lah. Hari yang mulia kot hari ini. Tanpa kata Amin memandu kereta menuju ke masjid.
✨❤✨
Aku melangkah masuk sambil memimpin tangan dengan Amin ke dalam banglo milik papa setelah ibu dan papa bersetuju untuk menetap di Malaysia. Aku yang anak tunggal mereka hanya bersetuju. Syarikat syarikat papa pula ada yang diuruskan oleh adik beradik Amin dan Hariz. Aku hanya menguruskan di Jepun. Namun papa telah menjual 4 syarikatnya dan hanya tinggal hotel, resort dan restoran untuk diuruskan. Maka aku dan Amin memilih untuk menguruskan restoran dan Amin menjadi ketua chef.
" Sampai pon!! " Ibu memeluk aku erat dan selepas ibu melepaskan pelukannya aku bersalaman dan meminta maaf. Ibu memaafkan aku.
Sanak saudara aku ramai jadi kecoh juga banglo papa. Aku berjumpa dengan papa dan meminta maaf. Seperti ibu. Papa juga memaafkan aku. Aku tersedar sesuatu. Aku tak mintak maaf dengan Amin lagi. Tak pe lah. Nanti dulu.
Aku mencari sesuatu didalam beg. Setelah aku nampak ada didalam beg aku yang apa aku mahu ada didalam beg bimbit. Aku tersenyum dengan sedikit berdebar. Suara papa Nazir diikuti dengan pasangan Hariz dan khairina yang baru sampai menarik perhatian ibu, papa serta aku.
" Selamat hari raya maaf zahir batin Bro! " Ucap Amin bila sudah berada dihadapan Hariz dan khairina sambil bersalam dengan Hariz. Aku bersalam dengan khairina dan mengucapkan hal yang sama. Kemudian Amin pergi berjumpa dengan papanya. Aku turut mengikutinya.
" Sayang nak rendang ke nasi kerabu? " Tanya Amin bila aku mengatakan yang aku lapar.
" Rendang Please. " Pinta aku.
" Nasi kerabu. Okey. " Aku mencerlung kan mata aku. Nak cari gaduh ni!
" Alololo.. Abang gurau je lah. Sensitif sangat sayang ni. Nah rendang. " Rendang dihulurkan dan aku berterima kasih. Tak lama kemudian papa berkata.
" Siapa nak duit raya beratur meh! " Aku baru sahaja ingin menoleh kearah Amin namun dia sudah hilang. Aku lihat dia beratur sekali dengan sanak suadara aku yang masih budak budak. Terus yang lain termasuk ibu beratur sekali. Mereka semua ketawa.
Ibu kata tahun ni raya meriah sangat. Semua lengkap. Kata kata ibu membuat aku sedikit beremosi. Tapi aku tak nak rosakkan make up aku. Lagipun hari ni hari raya. Ceria dan berbahagia lah!
Mata aku tertumpu kepada pasangan yang aku rasa juga suami isteri. Aku tak berapa kenal. Tapi entah kenapa aku tertarik nak tahu siapa mereka.
" Siapa mereka tu bang? " Tanya aku bila Amin sudah berada di sisi aku untuk mengajak bergambar.
" Oh! Sedara abang tu. Shahrul dengan isteri dia. Diana. Kelakar diorang dua tu. Tapi nampak lah juga macam langit dengan bumi. Macam mana boleh kawin pon tak tahu sebab abang tak de masa tu. " Cerita Amin. Aku tahu kenapa dia tak de. Dia kan bodyguard aku. Hehehe..
Aku sudah lama siap makan. Sesi bergambar juga sudah berlalu. Ibu bertanya kepada aku yang sudah kah aku meminta maaf dengan Amin. Aku dengan kekok menggeleng. Terus ibu menolak aku mendekati Amin yang sedang bersembang dengan beberapa kawannya.
" Abang. " Kata aku. Terus Amin menoleh kearah aku dengan kening terangkat. Aku tak berkata apa apa. Amin menjemput kawan kawannya makan.
" Kenapa ni? " Tanya Amin. Aku gigit bibir. Tak tahu kenapa aku rasa nak nangis.
" Hana.. Urm.. Hana nak mintak maaf.. " Kata aku. Tangan aku segera mencapai tangan suami aku untuk bersalaman. Aku mendongak memandang Amin yang tersenyum lembut. Tanpa kata Amin menarik wajah aku dan dahi aku di kucup lama. Wajah aku mula naik merah bila sanak saudara aku mengusik kami.
" Dah.. Tak mau nangis.. Ha! Mesti menangis sebab tak dapat duit raya kan? " Amin mula mengusik. Aku memuncungkan bibir membuatkan Amin mencubit pipi aku.
" Hehe.. Dah tahu dah. Nah! Duit raya dari abang. Seribu tau abang kasi. " Kata Amin dengan wajah bangga. Tangannya menghulurkan sampul raya dan aku sedikit teruja dan sedikit pelik.
" Serius lah seribu tebal ni je? " Sampul raya berada di tangan aku. Aku pegang macam tak de isi je. Tapi aku tak de lah kisah sangat dengan duit raya ni.
" Seribu rupiah. " Jawap Amin lalu ketawa. Bahunya aku tepuk manja. Aku hampir terlupa sesuatu.
" Hana pon nak bagi duit raya. " Aku mencari sampul raya di dalam beg aku lalu diberikan kepada Amin. Lelaki itu dengan gembira mengambil lalu dimasukkan kedalam poket baju Melayunya.
" Eh. Abang. Bukak lah" Kata aku. Sedikit mengarah.
" Aish.. Orang bagi duit raya mana boleh bukak lagi. Balik rumah baru boleh bukak. " Kata Amin. Aku menggaru kepala aku yang tak gatal.
" Ala.. Bukak je. Tak pe. " Kata kata aku membuat wajah Amin sedikit berkerut kerana curiga sesuatu.
" Hm? Ada apa apa ke? " Tanya Amin. Aku menyuruhnya membukanya dengan cepat. Namun Amin masih mahu bertarik tali dengan aku.
" Sayang rasa abang perlu buka ke tak? " Ey! Dia ni lah.. Time macam ni pon nak juga jadi complicatednya. Aku dah suruh bukak kan tadi.
" Bukak lah bang..! " Aku sedikit memaksa. Aku tertunggu tunggu untuk melihat reaksinya.
" Eish! Tak nak lah! Sayang buat abang takut je! Macam ada surat cerai je dalam ni. " Aku rasa nak aja tepuk kepala Amin ni. Agak agak lah aku nak letak surat cerai dalam tu. And mustahil lah aku nak bercerai dengan dia!
Aku buat wajah sedih.
" Ah.. Ye lah.. Abang buka" Sampul raya pemberian aku mula dibuka. Aku berdebar menunggu reaksi Amin. Terkejut? Gembira? Sedih?
" Apa.. Ni..? " Gambar hitam putih berada di tangan Amin. Lama melihat Amin yang sedang proses. Kemudian wajahnya beku.
" Ab.. Abang.. Tak gembira ke? " Tanya aku dengan nada sedikit sedih. Wajah lelaki itu tiada reaksi. Kosong.
" Eh abang!! " Lelaki ni boleh pengsan!!
" Abang okey! Ya Allah!! Betul ke ni??! " Badan aku ditarik dalam dakapan hangat Amin. Suasana sedikit kecoh melihat aksi kami.
Aku mengangguk.
" Baru 3 bulan.. 2 hari lepas Hana tiba tiba muntah muntah.. Lepas tu ibu suruh pergi clinic buat check up.. Rupanya.. Abang yang buat Hana sakit.. " Aku ketawa kecil. Namun tiada balasan dari Amin. Aku melihat Amin dan terkejut melihat yang lelaki itu menangis.
" Ayokk!! Auntie Hana buat uncle Amin nangis!! " Kata salah seorang dari sanak saudara aku yang masih kecil. Aku tak dapat tahan ketawa aku.
" Hey! Jangan lah gelak! Abang tengah emosi ni! " Kata Amin dengan nada marah yang dibuat buat. Makin erat pelukan aku sebelum Hariz datang menghentikan drama kami.
" Oi.. Kesian sikit dekat orang yang tak kawin lagi ni. Jeles ni. " Kata Hariz. Kami ketawa.
Mula mula tu. Bukan Amin yang complicated. Tapi hidup aku yang complicated. Tapi semuanya ada hikmah dan aku mempelajari segala pengajaran dalam hidup aku. Itu erti hidup.
Tapi aku tetap berkeras yang Amin, dia lelaki complicated. Aku punya. Aku akan sentiasa disisi dia. Setia dengan dia. Percayakan dia. Berharap perkahwinan ini kekal dan hanya maut yang memisahkan kami.
Amin.
✨❤✨
Again.. End!!!
So!! Yah!! This is the real Ending!! Oh My God.. Tak sangka citer ni dah habis. Author jadi bahagia sangat! Author minta maaf dengan segala kenerapuan dan kekurangan cerita ini. Also!! Author juga ada bagi hint cerita baru author! Author dah tahu tajuk. So author bagi tahu keyy.. Tajuk cerita tu... "Ustaz askar kesayangan!! "
Author cuba Try cerita ala ala Islamik sikit. Author cuba okey?
So kepada semua yang membaca. Terima kasih! And harap setia menunggu cerita baru author. Sementara tu boleh baca cerita author yang lain. That's all!! Bye!! And I Love You!! ❤
Ohh.. Lupa pula. Chapter ni sengaja author buat babak raya sebab tahun ni nampak gaya tak Beraya sebab covid 19. Kita berdoa agar covid 19 hilang sebelum raya. Author nak jumpa atuk author kat kampung. Korang yang dekat rumah Stay Safe okey? Bye!!
Comments
Post a Comment